Skip to main content

Posts

Inilah 14 Golongan Yang Dihalang Melihat Wajah Allah Di Akhirat

Setelah kita berpenat lelah di dunia, kita akan kembali ke kampung akhirat dimana segala hal keduniaan kita akan di hisab. Kita mungkin banyak berbuat baik namun sayangnya jika kita tertinggal sifat keikhlasan. Sesungguhnya ramai yang rugi sehingga Allah berpaling dari kita hanya kerana berbuat baik tetapi tidak ikhlas.  Melihat Allah di hari akhirat adalah nikmat terbesar buat seorang hamba. Allah Taala berfirman maksudnya, "..pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; melihat kepada Tuhan-Nya.." Al-Qiyamah: 22-23 Bertuahlah mereka yang mendapat peluang ini. Bagaimanapun, berdasarkan beberapa hadis, kita dapat pula mengetahui golongan yang dihalang daripada menatap wajah Allah. 1. Penderhaka Kepada Ibu Bapa Sesiapa yang menderhaka tidak akan dipandang oleh Allah pada hari akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW, "Tiga golongan yang Allah tidak memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak iaitu mereka yang menderhaka kepada kedu
Recent posts

Subhanallah!! Inilah 7 Keistimewaan Malam Lailatul Qadar, Malam Seribu Bulan..

Setiap umat Islam pasti teringin bertemu ‘Lailatul Qadar’ iaitu malam penuh rahmat dan kemuliaan. Malam yang mempunyai 7 keistimewaan ini begitu utama dari malam-malam yang lain kerana ia hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan. Perkara itu dijelaskan dalam firman Allah سبحانه وتعالى: إِنَّا أَنزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ ﴿ ١ ﴾ وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ ﴿ ٢ “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Al-Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu?” (Surah Al-Qadar; Ayat 1 – 2) 7 Keistimewaan Lailatul Qadar tersebut adalah:~ 1. Waktu Diturunkan Al-Quran Lailatul Qadar menunjukkan keistimewaan kerana pada malam inilah Allah سبحانه وتعالى menurunkan kitab suci utama iaitu Al-Quranul Karim. Ibnu ‘Abbas dan selainnya mengatakan, “Allah menurunkan Al-Quran secara keseluruhan sekaligus dari Lauhul Mahfuzh ke Baitul’ Izzah yang ada di langit dunia. Kemudian Al

7 Cara Ajar Pasangan Menguruskan Duit Walaupun Gaji Bulanan Tak Besar

Sudah berumahtangga? Tahniah kami ucapkan. Ada masalah pasangan seperti tak berapa nak ambil kisah pasal masa depan dan keluarga? Buat korang yang baru mendirikan rumah tangga, hadamkan artikel ini yang diolah dari perkongsian saudara Amir Syahir. Tidak kira pasangan kita bekerja di sektor swasta atau sektor kerajaan. Tuhan menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Jika pasangan kita gila modified kereta, pasangan dia mesti seorang yang bijak menguruskan kewangan. Jika pasangan kita gila beli baju online, baju dua almari tetapi masih mengadu kata takde baju nak pakai, pasangan dia mesti power kawal kewangan. Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan beri kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan? 1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya matlamat nak simpan RM600 dalam sebulan. Jadi, isti