Skip to main content

Pemuda Ini Kongsikan Bagaimana Untuk Memaksimumkan Ruang Rumah Yang Kecil Untuk Tampak Lebih Bergaya



Tidak semua rumah yang ada mempunyai ruang yang besar, di mana saiz kaki per segi bagi setiap rumah yang ada adalah berbeza. Namun begitu, walau saiz yang kecil, tidak bermakna sesebuah rumah tersebut harus dibiar tanpa memerlukan penjagaan dan pengubahsuaian yang baik.

Bagi individu yang penuh dengan kreativiti, ruang yang kecil, mampu diubah untuk dijadikan sebagai salah satu ruang yang serbaguna. Pengcahayaan, susun atur, mahu pun penggunaan perabot juga warna memainkan peranan penting untuk menjadikan ruang di sesebuah rumah tampak lebih bergaya dan memberi dimensi yang berbeza.

Ianya bukanlah satu imaginasi sahaja, kerana bagi saudara Mohd Fuad Rajudin, dia telah memaksimakan ruangan rumahnya, dan menjadikan setiap sudut yang ada, sebagai ruang yang berguna, juga lebih menyerlah. Untuk mengetahui bagaimana saudara Fuad lakukan, jom kita lihat cara beliau mengolah ruang yang anda menjadi luar biasa. 

Itu sebab lah aircond tu dekat dengan kepala, ini kerana ruang ini kosong sebelumnya. Apabila dibuat ruang diatas, maka aircond tu dengan sendirinya dekat dengan kepala.

Rumah adalah pusat kepada kehidupan. Bagaimana rumah kita? Itu adalah personaliti peribadi kita seterusnya ianya membayangkan bagaimana kita mengurus kehidupan seharian bersama ahli keluarga.

Ada orang rumahnya kecil tetapi bahagia, ada orang rumahnya besar tetapi setiap hari pening kepala. Kehidupan ini sudah ditentukan, tetapi bagaimana kita memilih cara untuk hidup itu adalah pilihan. Maka, rumah memainkan peranan kebahagiaan dan kejayaan didalam membina kehidupan.

Baiklah hari ini saya ingin kongsikan kesukaan yang saya warisi daripada ibu saya iaitu menghias dan mengemas rumah. Apa yang mahu dikongsikan adalah bagaimana mahu menafaatkan ruang rumah yang berkeluasan 30' x 32' dengan ketinggian siling 14' membuatkan saya terfikir luar kotak.

Keseluruhan ruang berkeluasan 10' x 14' diubah menjadi ruang yang bermanafaat.

Dengan hiasan berkonsepkan moden, saya mengunakan kelebihan ruang tinggi rumah ini dengan mengolah ruang tamu sedia ada kepada dua bahagian iaitu ruang bawah sebagai tempat rehadan santai selain turut menempatkan meja makan pada bahagian hadapan, manakala ruang baru iaitu bahagian atas pula saya wujudkan sebagai ruang pejabat dan bacaan.

Bagaimana idea ini tercetus, sudah tentu dari Allah. Selain saya serta keluarga memang berkongsi minat yang sama, iaitu membaca dan menulis. Dalam masa sama, tanggungjawab sebagai perunding acara memerlukan banyak masa untuk menyiapkan kertas kerja yang sering ditempah oleh pelbagai pihak melibatkan agensi kerajaan dan syarikat pengurusan acara dan membekal alatan acara. Bagi tujuan itu, saya amat pentingkan ruang yang selesa untuk saya menyediakan kertas kerja.

Rumah juga adalah pusat kehidupan, maka jadikanlah ianya syurga supaya seluruh keluarga merasa tenang dan tenteram apabila berada didalamnya.

Semoga bermanafaat.

Keseluruhan ruang tamu yang dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu atas dan bawah. Ruang bawah sebagai tempat berehat dan santai untuk keluarga dan tetamu, manakala ruang atas pula adalah untuk pejabat dan bacaan.

Terdapat meja dan almari fail untuk menyimpan buku dan dokumen.

Rak buku moden (custom made) serta sijil pencapaian isteri.

Ruang bawah pula dijadikan ruang santai.

Meja Makan yang ditempatkan diruang hadapan.

Ruang tamu.

Ruang laluan ke dapur. Pintu dihiaskan dengan huruf HB kerana ianya adalah bilik kedua dua anak saya iaitu Hanis Batrisya dan Hanis Bahiyah.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman