Skip to main content

Solat Jumaat Sebelah Bangla Buruh Binaan. Masa Tabung Masjid Diedarkan. Aku Tengok Bangla Tu….

Assalammualaikum wbt..aku pernah mendengar bahawa sedekah ketika kita sendiri sangat memerlukannya adalah sedekah yang terbaik..tapi, sehingga kini, aku masih tidak mampu melakukannya.. Kisah ini aku titip kerana ia telah mengajarku dan mudah-mudahan ia juga dapat memberi teladan yang baik pada kalian..

Aku tinggal disebuah pekan kecil dan kebiasaannya, setiap hari jumaat aku selalu menunaikannya di sebuah masjid india.(kerana ianya lebih hampir dengan tempat kerjaku). Jemaah jumaat masjid ini kebiasaannya terdiri dalam kalangan orang india muslim dan orang melayu. Terdapat juga sebilangan kecil jemaah bangladesh yang kerja di sekitar pekan ini..

Seperti masjid-masjid lain, setelah usai solat jumaat, akan ada jemaah yg sudi menginfakkan duit mereka kedalam tabung masjid..tetapi aku ini jenis yang berkira, boleh dibilang dengan jari duit aku masuk dalam tabung masjid. Pada aku, sedekah itu biarlah bila kita sendiri dalam keadaan selesa untuk melakukannya.

Pada suatu jumaat, berlakulah satu peristiwa yang menyentuh hati aku..mungkin Allah mahu mengajar aku tentang hakikat bersedekah..Dalam saf itu, aku solat bersebelahan seorang bangla..keadaan dirinya memang menunjukkan yang dia buruh binaan. Setelah usai solat dan doa, tabung masjid pun diedarkan. 

Aku seperti biasa rasa keberatan untuk bersedekah kerana dalam wallet hanya ada beberpa puluh ringgit..apabila tabung sampai dihadapan bangla itu, dia mengeluarkan walletnya, didalamnya ada RM 3. Dia bagaikan teragak-agak, tetapi, aku takjub bila dia memasukkan RM1 dalam tabung tersebut. Terusik hati aku dengan kelakuan bangla itu..dalam keadaan yg dia lebih memerlukan, dia rela untuk bersedekah walaupun sedikit..sedangkan aku …

Rasa cinta akan harta dunia ini memang susah untuk aku buang, tapi, teladan yang ditunjuk oleh bangla itu benar-benar meninggalkan kesan kepada aku..Kalian doakan aku moga mampu jadi seperti bangla itu. - Abu Umar | IIUMC
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman