Skip to main content

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan.


Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi. 

Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar.

Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?


Ubatan tersebut ialah ubatan herba tradisional Cina yang dipercayai berkesan melegakan kepanasan badan. Apakah yang dimaksudkan dengan kepanasan badan? Menurut kepercayaan Cina, makanan yang kita makan mempunyai dua kelas. Makanan sejuk dan makanan panas. Makanan panas seperti daging, makanan laut, makanan bergoreng dan durian akan menyebabkan suhu badan naik jika dimakan terlalu banyak dan menyebabkan ketidakselesaan pada badan. Oleh sebab itu pengambilan makanan harus diseimbangkan dengan makanan sejuk seperti buah-buahan segar (selain durian) dan sayuran.

Konsep ini dikenali sebagai Makanan Yin (panas) Yang (sejuk). Walaubagaimanapun konsep ini masih belum dapat dibuktikan secara saintifik tetapi terbukti berkesan dengan amalan sejak zaman berzaman datuk nenek kita. [sumber] 

Apabila badan kepanasan akibat pengambilan makanan panas berlebihan, air Cap Badak boleh diminum untuk melegakannya. Selain daripada kepanasan akibat makanan, demam, cuaca terlalu panas dan bayak lagi penyakit lain juga menjadikan air Cap Badak pilihan pengguna untuk melegakannya.

Walaupun tiada kajian dilakukan ke atas air penyejuk badan ini, namun saintis dan pakar perubatan ada melakukan kajian terhadap herba yang digunakan terutamanya Gypsum Fibrosum dan Calcitum.


Gypsum Fibrosum dikenali sebagai Shi Gao dalam bahasa Cina merupakan batu mineral yang banyak terdapat di Asia, Eropah dan Amerika Utara. Kegunaan utama mineral ini ialah sebagai plaster dalam bahan binaan. Namun begitu, ia turut mempunyai kegunaan dalam perubatan tradisional masyarakat Cina khususnya.

Menurut Dr. Mao Shing Ni, pengamal tradisional Cina yang terkenal (penulis best-seller Secrets of Longevity serta pernah dipaparkan biografinya di dalam website Dr. Oz); khasiat Gypsum Fibrosum termasuklah dapat melegakan haba berlebihan di dalam peparu, mengubati gusi yang bengkak, mengurangkan simptom diabetes, demam panas, kehausan berlebihan, sakit kepala, sakit gigi, hidung berdarah dan batuk. Ia juga boleh digunakan diluar tubuh badan sebagai krim yang boleh mengubati eczema (ruam kulit yang gatal), melecur dan ulser mulut.


Calcitum pula dikenali sebagai Han Shui Shi dalam bahasa Cina. Merupakan batu mineral yang terdiri daripada kalsium sulfat atau kalsium karbonat. Digunakan dalam perubatan tradisional Cina, dipercayai dapat melegakan demam panas, ketidakelesaan pada badan, kehausan, melancarkan fungsi jantung, perut, buah pinggang dan banyak lagi kelebihan lain.

Terdapat beberapa kajian saintifik dilakukan ke atas Calcitum dan ia terbukti dapat merawat Osteomyelitis pada kaki (jangkitan bakteria di dalam tulang) dengan pengambilan tablet yang mengandungi kalsium sulfat. Calcitum yang terdiri daripada kalsium karbonat turut digunakan dalam bahan ubatan untuk merawat penyakit buah pinggang kronik.

Namun begitu, terdapat nasihat tentang pengambilan calcitum. Ia tidak boleh diambil jika limpa bermasalah atau tekanan darah rendah. Ia juga tidak boleh digunakan keatas bayi baru lahir, kanak-kanak bawah 4 tahun, ibu mengandung atau sedang menyusukan anak sekiranya belum mendapat nasihat doktor.

Ada yang khuatir tentang pengambilan air ini boleh menyebabkan terlebih dos serta keracunan. Tidak perlu risau kerana pengamal perubatan Cina menyarankan pengambilan herba ini 9 hingga 30 g. Walhal air Cap Badak hanya mengandungi tidak lebih 0.2 g. Peraturan pengambilan tertentu juga turut disertakan pada label botol dan seharusnya dibaca oleh pengguna sebelum meminumnya agar tidak terlebih dos.

Air Cap Badak itu hanyalah air paip?

Pada tahun 2010, akhbar kosmo ada melaporkan bahawa terdapat pengilang air Cap Badak telah menipu pengguna kerana menggunakan air paip. Produk mereka juga tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan  Malaysia. Perkara ini sangat mendukacitakan dan menyebabkan produk air Cap Badak menjadi satu keraguan kepada pengguna ekoran laporan ini. [sumber]


gambar atas: kod utk nombor pendaftaran ialah MAL
gambar bawah: pelekat berkilat berwarna silver 

Walaubagaimanapun, anda boleh mengelak daripada membeli air Cap Badak palsu dengan melihat kepada nombor pendaftaran produk pada label dan memeriksa pada data Kementerian Kesihatan di sini [klik]. Sekiranya ia tersenarai, produk tersebut inshaAllah ubat tradisional. Cara paling mudah ialah dengan melihat pelekat kecil berkilat berwarna silver yang mempunyai lambang harimau dan huruf KKM disertai dengan nombor siri yang bermula dengan huruf ‘D’.

Sejauh mana anda mempercayai keberkesanan air Cap Badak ini semua bergantung daripada anda. Jika anda kurang yakin, jangan risau, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih faktual.
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman