Skip to main content

Perhatian Ibu Bapa! Anda Mungkin Telah Melakukan "Penderaan Senyap" Pada Anak Tanpa Disedari...

Oleh Adlil Rajiah

'PENDERAAN SENYAP' YANG TAK DISENGAJAKAN

I just read about Children Emotional Development dan saya mula perasan yang ramai ibu bapa (termasuk saya) sebenarnya selalu "dera" anak secara senyap dan tanpa sedar. 

Yes, memang kita tak pukul anak dengan kayu golf, kita tak rotan anak dengan paip getah, kita tak sebat anak dengan tali pinggang, kita tak ikat anak kat pokok rambutan, kita tak tampar anak sampai berbekas, kita tak maki anak depan orang, kita tak cekik anak bila mereka nakal, sebab kita tahu itu adalah penderaan. Itu kejam dan berdosa serta itu semua tak membantu malah membantut perkembangan anak. 

Tapi yang kita tak tahu adalah banyak penderaan yang kita sebenarnya lakukan terhadap anak-anak tanpa disedari. Kita ingat kita tak dera, kita ingat apa yang kita buat selama ni "takpe" tapi rupanya


KITA SEDANG DERA ANAK DALAM-DALAM

Kenapa saya kata dalam-dalam? Sebab "penderaan senyap" ni mampu membunuh emotional intelligence dan self-esteem anak-anak. 

Emosi & self-esteem adalah dua elemen yang sangat penting dan ambil masa yang sangat lama untuk dibentuk tapi sangat mudah dibunuh. Ada beberapa "sikap" ibu bapa yang sebenarnya berbentuk penderaan walaupun ibu bapa tersebut tak pernah meninggikan suara atau naik tangan. This is what we call. penderaan senyap. 

Penderaan senyap ini dikatakan memberi kesan amat buruk terhadap perkembangan mental dan emosi anak-anak. Sama seperti penderaan fizikal atau penderaan yang nyata. So today, let me share 7 jenis penderaan senyap yang dilakukan oleh ramai ibu bapa tanpa disedari. 

1. IGNORANCE & EXPRESSIONLESS REACTION

Atau dalam Bahasa Malaysia, mengabaikan dan tidak memberi ekspresi atau reaksi. 

Contohnya:

Bila anak tengah bercerita atau menunjukkan sesuatu, kita buat tak tahu saja. Langsung tak beri sebarang reaksi. Ini banyak berlaku bila kita layan anak sambil-sambil buat benda lain. 

Nak main dengan anak, tapi tangan tengah layan Facebook. Nak buat homework dengan anak, tapi mata tengok Fattah Amin kat TV.  Maka jadilah anak itu seperti bercakap dengan dinding sebab expressionless kita sama macam dinding.

Contoh lain, bila anak menyuarakan pendapat atau keinginan, kita terus deny atau mengabaikan pendapat tersebut. 

"Mama, Haikal rasa nak pakai baju warna hijau la hari ni." 

Tapi kita jawab, "Tak payah la," dan terus bagi baju warna lain.

Kalau kita di tempat anak tu, apa kita rasa? 

Menurut kajian, anak yang selalu mendapat layanan seperti ini tiada keyakinan diri dan selalu membuat keputusan yang salah dalam hidupnya. Sebab? Keputusan mereka tak pernah didengari dan selalu kena akur dengan keputusan orang lain. 

2. STONEWALLING

Ini lebih kurang seperti yang saya explain di atas tadi, anak bercakap dengan dinding. Especially bila parents sengaja melambat-lambatkan menjawab soalan anak atau malas nak layan soalan anak. Kalau jawab pun macam tak kena dengan soalan yang diberi. 

Contoh bila anak tanya, "Mama suka warna apa?"

Kita jawab, "Entah. Pape je laaa." 

Kalau jumpa mibu bapa seperti ini, bancuh simen dan tuang di muka mereka, biar jadi dinding betul. Please parents, when you say, quality time with children that means 101% of your attention goes to them, bukan sambil-sambil kerana 'sambil' itu sebenarnya mendera anak-anak. 

3. MENGEJEK ATAU MERENDAH-RENDAHKAN ANAK DEPAN ORANG LAIN

Contoh bila ada orang puji anak kita,  "Ya Allah baiknya Haikal ni. Suka betul tengok dia."

Tapi kita jawab, "Baik?? Puihhh! Makan bersepah, suka kencing malam, main tak reti kemas, kuat nangis, malas mandi, bla bla."

Konon-konon kita tak nak riak dengan orang yang memuji tadi. Tapi tanpa sedar, kita terkutuk dan membuka aib anak sendiri depan orang lain. Anak pun terluka bila dengar dan terus berdendam nak balas balik bila mak dia dah tua nanti.

So never make fun of your child in front of other people. Bila orang puji anak kita, say Alhamdulillah. Pandang muka anak dan cakap, "Thank you for being a good son. I'm proud of you." 

Lantaklah orang nak cakap riak ke apa, we are showing a good example to our children. A good sense of appreciation and being thankful to have them. 

4. GASLIGHTHING

Gaslighting means meragui atau menidakkan sesuatu yang diberitahu oleh anak. Contoh kalau anak cerita di sekolah tadi ada orang baling pemadam sampai kena mata dia.

Tapi kita jawab, "Ala takpe. Biasa la tu. Abaikan je." atau bila anak cerita yang dia nampak sesuatu yang menakutkan.  Kita cuma cakap, "Aaahh mengarutlah. Mana ada hantu. Awak mengelamun je tu."

Sikap ibu bapa yang suka gaslighting seperti ini akan buat anak-anak keliru dengan diri dan hilang kepercayaan pada diri. Anak-anak akan rasa setiap apa yang dibuat atau difikirkan adalah salah dan tak penting. 

Nasihat saya untuk parents macam ini, stop tengok drama pukul 7 dan fokus kepada anak. Sebab yang banyak mengelamun itu sebenarnya bukan anak, tapi YOU.

Sepatutnya bila anak nak cerita atau beritahu sesuatu, mata dan telinga sepenuhnya kepada mereka. 
And never deny what they feel. Peluk and tell them, "Don't worry. I am here with you. Everything will be fine." 

5. HYPERCRITICAL

Ibu bapa yang cerewet, terlalu banyak complaint, terlalu banyak yang tak kena di matanya. 
Anak comot sikit, marah. 
Anak terlanggar sikit, marah. 
Anak buat lawak sikit, marah. 
Anak nak rehat kejap, marah. 
Anak pakai baju lain seluar lain, marah. 
Anak silap baca sikit, marah. 
Anak pelat cakap sikit, marah. 
Anak dapat no.2 dalam kelas, marah. 

Semuaaaaaaaa benda, kalau tak perfect, marah. Ibu bapa yang hypercritical atau banyak complaint seperti ini sebenarnya bukan sebab nak anak perfect sangat tapi diri dia sendiri tiada sifat syukur dan tak boleh terima kekurangan diri sendiri yang terlalu banyak. So cermin diri sebelum expect perfection daripada anak-anak. 

Happy life is not about perfection. It's about embracing the imperfections and cherish the small good things. 

6. KURANG MEMUJI, TAK UCAP SAYANG & TAK MENZAHIRKAN SOKONGAN

Ada kan parents begini? Jarang sangat cakap 'I love you' pada anak-anak sebab ego. Dan bila anak capai sesuatu, jarang ucap tahniah. Lagi teruk bila just respond, "Alaa biasa je tu. Abah dulu lagi hebat." 

Huk aloh!

Dan bila anak tengah nervous nak masuk competition ke apa, kita tak menzahirkan sokongan kepada anak, tak datang masa competition berlangsung dan tak bagi kata-kata semangat kat anak sebab kita rasa tak penting. 

If you are this kind of parent, jangan terkejut bila anak dah berjaya capai macam-macam nanti, mereka tak ucap terima kasih pun kat ibu bapa mereka sebab sikap kita sendiri yang minta untuk tidak dihargai. 

7. MENDIAMKAN SESUATU KESILAPAN DAN MENJADIKAN IA KEBIASAAN

Contoh, bila kita dapat aduan dari pihak sekolah yang anak kita ponteng sekolah atau anak kita buli rakan lain. Kita buat tak tahu dan anggap aduan tersebut seperti angin lalu di ufuk timur yang lama-lama akan hilang sendiri. Kita lepas tangan, kita tak berdepan dengan anak, tak heart-to-heart talk dengan anak dan tidak membantu anak untuk menjadi orang yang lebih baik. 

Perangai parents yang begini kalau dibiarkan berlarutan akan menyebabkan anak semakin menjadi-jadi kerana bagi anak semua kesalahan yang dilakukan itu 'takpe' dan bukan dosa di mata ibu bapa mereka. 

Kalau ada cikgu-cikgu yang berhadapan dengan ibu bapa yang lepas tangan begini, better hantar anak-anak ini ke rumah anak yatim saja. Buat apa nak ada parents kalau parents asyik lepas tangan? 
Baik jadi anak yatim. Entah-entah perhatian yang mereka dapat dekat sana lebih bagus. Haa! Sekarang nak mengaku pulak itu anak-anak kau.

So itulah antara penderaan-penderaan senyap yang tak disengajakan, tapi banyak berlaku. Tak payah tengok rumah orang lain, di rumah sendiri pun ada berlaku, kan? 

Jangan pandang remeh tentang isu ini sebab kesannya terhadap perkembangan anak adalah sama seperti penderaan-penderaan nyata atau yang berbentuk fizikal. Cuma penderaan senyap ni berlaku secara dalaman dan perlahan-lahan kesan buruk dia datang. 

Dan yang paling menyedihkan, it's considered NORMAL in our culture. Masyarakat kita biasanya pandang remeh tentang isu-isu yang melibatkan emosi anak-anak seperti ini. 

So how to fix this?
By changing ourselves. 
By fixing our relationship with our own children. 
By having more interaction and communication with them. 

Dan berdoalah supaya anak-anak kita nanti dijaga dan ditemukan dengan orang-orang yang baik dan hati-hati yang memuliakan mereka sepanjang hidup mereka.  

Let's stop this "quiet" abuse and may all of us be the parents who always help their kids to grow happily and successfully. Ameen. 

Untuk lebih banyak parenting tips santai-santai seperti ini, read my book 3 Kertas 3 Krayon 3 Pensel Warna yang berada di kedai-kedai buku seluruh Malaysia atau boleh dapatkan a special copy from me! Whatsapp 011 5289 0825.
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman