Skip to main content

Anak Lain Semua Berjaya Kecuali Yang no.3. Aku Selalu Perli Dia. Suatu Hari Aku Strok, Apa Yang Dia Buat Menyentuh Hatiku !!!

“Saya ada 4 orang anak, semua berjaya kecuali seorang. Ada doktor, enginer dan lawyer tapi yang no.3 tak menyerlah langsung. Dapat gred 2 SPM. Sangat mengecewakan saya. Tuisyen beratus ringgit sebulan tapi hasil tak de. Tak macam abang, kakak dan adik dia dapat straight A.

“Habis sekolah dapat lah kerja kilang. Duduk dengan saya. Tiap kali sebut pasal belajar mesti saya ungkit dia, ‘tengok macam adik beradik yang lain, semua kerja elok-elok. Kau sorang je kerja kilang. Buat malu keluarga aje.’ Ini ungkapan yang selalu saya lepaskan pada dia.

“Masa berlalu pantas. Takdir Allah saya kena strok. Isteri saya pun sakit jugak. Tak mampu nak uruskan saya. Ingat ada anak yang jadi doktor mudah la cikit. Tak juga. 

Harap anak-anak lain semua sibuk dengan kerja masing-masing. Hanya datang lawat sesekali, lepas tu cepat-cepat nak balik. Masa ni anak ketiga dah kerja jauh dari rumah.


Anak Berhenti Kerja

“Satu hari anak ke3 balik dengan beg besar. Saya tanya kenapa. Dia jawap berhenti keja sebab nak jaga abah. “Kelu lidah saya. Berhemburan air mata saya pada hari itu. Inilah anak yang paling saya kecewa dulu. Tapi dialah yang menjaga saya hinga hari ini. Saya mohon ampun kepada Allah atas kesilapan saya yang dulu.

“Rupanya Allah jadi kan dia kurang dalam pelajaran, tapi Allah sertakan dia dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

“Demikianlah Allah takdirkan sesuatu kepada manusia ada hikmahnya. Mungkin kita tak nampak sekarang, masa depan kita tak tau. Bersangka baiklah dengan Allah.

“Bagi ibubapa yang dapat result anak tak cemerlang, Jangan kecewa. Gagal dalam peperiksaan bukan berakhirnya kehidupan. Semoga kisah ini menjadi teladan buat semua. Perkongsian sahabat..

Sumber:- Bahagian Dakwah Jakim
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman