Skip to main content

Gigi Anak Bernanah & Terpaksa Dibuang Semua Disebabkan Susu

Gigi anak bernanah & terpaksa dibuang semua Disebabkan susu | Oleh kerana ramai sahabat-sahabat saya ‘pm’ dan WhatsApp saya bertanya kenapa anak sulung saya kena bedah buang semua gigi, jadi saya kongsi sedikit maklumat ya.
Anak saya suka tidur dengan botol susu sejak dari kecil lagi. Semasa dia berusia 6 bulan pun gigi dah tumbuh. Jadi, empat batang gigi bahagian atas memang rongak terus. Hari itu sampai bernanah disebabkan jangkitan kuman. Selepas diberi antibiotik, barulah okey sikit.
Kemudian saya terus pergi rujuk dengan doktor pakar gigi sebab tak tahan dengan masalah gigi anak. Anak saya tak ada makan gula-gula atau jajan seperti kanak-kanak yang lain. Dia hanya obses pada botol susu. Disebabkan manis susu itulah gigi dia terhakis.
Penyelesaiannya, dia kena buat dental clearance untuk elak kuman dan supaya gigi kekal tumbuh dengan cantik dan sihat. Gigi anak digosok. Tetapi rezeki dia nak jadi macam ini, nak buat macam mana? Saya mampu buat begini kerana inilah jalan terbaik untuknya.

Selepas pembedahan selama 3 jam, dia terus makan bubur dan minum seperti biasa. Tiada merengek atau menangis. Sangat-sangat bersyukur sebab dia sendiri tak tahan dengan gigi lama dia. Doakan saya istiqomah menjaga gigi anak nanti.Jeb Aen
loading...


Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman