Skip to main content

Inilah 14 Golongan Yang Dihalang Melihat Wajah Allah Di Akhirat

Setelah kita berpenat lelah di dunia, kita akan kembali ke kampung akhirat dimana segala hal keduniaan kita akan di hisab. Kita mungkin banyak berbuat baik namun sayangnya jika kita tertinggal sifat keikhlasan. Sesungguhnya ramai yang rugi sehingga Allah berpaling dari kita hanya kerana berbuat baik tetapi tidak ikhlas. 

Melihat Allah di hari akhirat adalah nikmat terbesar buat seorang hamba. Allah Taala berfirman maksudnya, "..pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; melihat kepada Tuhan-Nya.." Al-Qiyamah: 22-23

Bertuahlah mereka yang mendapat peluang ini. Bagaimanapun, berdasarkan beberapa hadis, kita dapat pula mengetahui golongan yang dihalang daripada menatap wajah Allah.

1. Penderhaka Kepada Ibu Bapa

Sesiapa yang menderhaka tidak akan dipandang oleh Allah pada hari akhirat kelak.

Sabda Rasulullah SAW, "Tiga golongan yang Allah tidak memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak iaitu mereka yang menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa, wanita yang berlagak lelaki dan golongan orang daiyuth." HR Ahmad dan Nasai

2. Berjanji Demi Kepentingan Dunia

Orang yang suka berjanji palsu semata-mata untuk mendapatkan habuan dunia.


3. Mereka Yang Memilih Pemimpin Kerana Kebendaan

Seseorang yang memilih pemimpin kerana mahukan kebendaan, sedangkan dia tahu orang yang dipilih itu bukan pemimpin yang baik dan amanah.

4. Orang Tua Yang Berzina

Walaupun tahu perbuatan itu keji tapi tetap melakukannya tanpa rasa bersalah, sedangkan dalam usia begini dia sepatutnya menjadi contoh kepada generasi muda.

Daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Ada tiga golongan yang Allah enggan bercakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa dan noda. Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pedih. Mereka terdiri daripada orang tua yang berzina, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takbur." HR Muslim

5. Golongan Yang Enggan Membantu Orang Lain

Mereka adalah golongan yang sukar memberikan pertolongan kepada insan yang memerlukan pertolongan walaupun ia adalah pertolongan kecil dan mudah.

6. Orang Miskin Yang Takbur

Mereka bukan sahaja tidak disenangi oleh manusia tetapi dimurkai Allah. Golongan ini bukan sahaja rugi di dunia bahkan di akhirat.

7. Wanita Yang Berlagak Seperti Lelaki

Dari segi perlakuan dan perwatakan, kita menganggap dia seorang lelaki, sedangkan dia sebenarnya seorang wanita.

8. Suami Dayus

Seorang suami yang membiarkan isteri dan anaknya melakukan maksiat tanpa ada perasaan marah, cemburu dan tidak berusaha menegur perbuatan tersebut.

9. Pengamal Hubungan Seks Songsang

Inilah golongan yang mengamalkan budaya jijik kaum Nabi Lut dan kemudian dibinasakan oleh Allah kerana perbuatan tersebut.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan nafsu walaupun bersetubuh dengan isteri melalui dubur. 

Malah lebih teruk lagi mereka tergamak melakukan hubungan seks dengan binatang.

10. Orang Yang Suka Mengungkit Pemberiannya

Iaitu yang memberikan sesuatu kepada seseorang kemudian mengungkit kembali pemberiannya itu.

11. Penjual Yang Berdusta

Seseorang yang sanggup berbohong untuk melariskan jualannya. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran: 77 yang bermaksud, "Sesungguhnya orang yang mengutamakan keuntungan dunia dan mencabuli sumpah mereka, tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka serta tidak akan memandang mereka pada hari kiamat dan tidak akan membersihkan mereka (daripada dosa) serta mereka diberikan azab yang pedih."

12. Isteri Yang Tidak Berterima Kasih Kepada Suaminya

Seorang isteri yang tidak tahu menghargai suami biarpun dia dilayan dengan baik.

13. Orang Yang Suka Mempamerkan Harta Kekayaan

Seseorang yang bersikap angkuh dan gemar mempamerkan harta kekayaan sedangkan ianya tidak bernilai langsung disisi Allah SWT.

14. Pemerintah Yang Berdusta Dan Tidak Mempedulikan Penderitaan Rakyatnya

Iaitu pemerintah yang tidak mempedulikan kebajikan dan penderitaan rakyat, sedangkan dia hidup bersenang-lenang. Malah rakyat sering dimomok-momokkan dengan janji-janji dusta semata-mata.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, "Sesiapa yang memikul jawatan atau tugas menguruskan orang Islam, namun dia gagal memenuhi tanggungjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan kemiskinan dan kepapaan umat Islam, nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut." HR Abu Daud


Wallahu a'lam
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman