Skip to main content

Viral HARAM Makan Telur Asin. Ini Pula Jawapan Ustaz Rozaimi Yg Buat Ramai LEGA !!!


Baru-baru ni viral di laman sosial tentang pendapat seorang ustaz yang mengatakan haram makan telur asin. Ketika ramai mula komfius dan berkecamuk, Ustaz Rozaimi tampil dengan jawapan yang lebih bernas dan berdalil.

Adakah Telur Asin Yang Tidak Dibasuh Sewaktu Penyediaannya Haram Dimakan?

Saya ditanya oleh ramai orang berkaitan dengan isu ini. Mungkin kerana ada sebahagian ilmuwan yang membangkitkan isu ini dalam kuliah mereka. Bahkan ada juga yang menyatakan haram memakan telur yang tidak dibasuh dahulu sebelum memasaknya. 

Untuk menjawab persoalan ini, ingin saya nyatakan bahawa isu halal atau haram ini berkait dengan isu adakah lendiran di kemaluan haiwan (ayam atau itik) yang bertelur itu najis atau tidak sehinggakan wajib untuk kita cucinya sebelum memasak? Dalam isu ini, ulama berbeza pandangan berkaitan hukum kenajisannya. Sekadar pembacaan saya yang tehad, berikut pandangan ulama:

1. Majoriti ulama berpandangan bahawa lendiran di kemaluan haiwan tidak najis. Ini bermakna telur yang terhasil tidak wajib untuk dibasuh selagi mana ia tidak terkena najis. Namun begitu, sebahagian ulama menggalakkan untuk ia dibasuh sekadar untuk membersihkannya. 

Namun, jika tidak dibasuh ia tidak menjadikan telur itu haram dimakan. Ini adalah pandangan ulama mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan padangan yang paling sahih dalam mazhab Syafie menurut Imam Nawawi. (Lihat: Radd al-Muhtar, jil. 1, hal. 377, al-Majmu’, jil. Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hal. 81, al-Hawi lil Fatawi, jil. 1, hal 12-13)

Bahkan sebahagian ulama mazhab Maliki beranggapan bahawa adanya tahi haiwan pada telur tersebut tidak menjadikannya haram jika kulitnya tidak dibasuh. 

Ini kerana mazhab Maliki beranggapan tahi haiwan yang dagingnya halal untuk manusia makan adalah tidak najis. (Lihat: Mawahib al-Jalil, jil. 1, hal. 302) Ia juga pandangan ulama mazhab Hanbali. Namun, mazhab Syafie menganggap tahi haiwan adalah najis.

Dalil bagi pandangan ini ialah mereka qiyaskan dengan janin yang keluar dari laluan qubul haiwan. Ia tidak wajib dibasuh secara ijmak ulama.

Begitu juga ulama mengqiyaskan lendiran di kemaluan haiwan ini dengan air peluh. Air peluh haiwan tidak najis.

2. Sebahagian ulama mazhab mazhab Syafie menganggap kulit telur bernajis dan wajib dibasuh. Ini kerana lendiran di kemaluan haiwan dianggap najis dan wajib dibasuh. Mereka mengatakan lendiran ini bernajis kerana ia terbit dari tempat najis.

Saya cenderung kepada pendapat pertama yang mengatakan kulit telur tidak wajib dibasuh terlebih dahulu kerana:

1. Susu haiwan suci walaupun Allah berfirman menyatakan ia terbit antara celah yang bernajis. (Lihat: al-Umm, jil. 1, hal. 75)

2. Jika tempat keluar telur itu menjadi penyebab kenajisan telur ia di bahagian dalam yang tidak dihukumkan najis apabila ia masih berada di dalam jasad dan tersembunyi. (Lihat: al-Umm, jil. 1, hal. 75)

3. Pandangan ini memudahkan urusan manusia tambahan pula tiada nas dari Syara’ yang jelas dalam masalah ini. Jika benar kulit telur wajib dibasuh sudah pasti akan ada nas jelas kerana ia perkara yang dianggap ‘umum al-Balwa.

Namun, jika dibasuh ia lebih bagus namun tidaklah haram memakan telur jika tidak dibasuh selagi tidak terzahir padanya najis.

Moga Allah menunjukkan kita jalan yang lurus. Wallahua’lam. - Dr Rozaimi Ramle
loading...

Comments

Popular posts from this blog

Betul Ke Air Cap Badak Berkesan Menyejukkan Badan? Ramai Nak Tahu Kandungannya

Tiada kajian saintifik yang diterbitkan kepada umum berkenaan dengan keberkesanan air Cap Badak. Ia dijual meluas di kedai-kedai runcit sebagai ubat herba tradisional Cina yang berkesan untuk menyejukkan badan. Air Cap Badak berbeza dengan air mineral biasa kerana ia mengandungi herba tradisional yang tertentu untuk melegakan kepanasan. Air Cap Badak bukanlah berasal daripada Badak Sumbu dan tiada langsung kaitan dengan haiwan tersebut tetapi hanyalah sebuah jenama produk. Berada di pasaran sejak tahun 30-an, Air Cap Badak mempunyai pelbagai jenama berdaftar tetapi masih lagi mengekalkan gambar badak pada bungkusan seperti Cap kaki Tiga, Cap Tiga Senapang, Cap Tiga Daun, CoolRhino0₂ dan macam-macam lagi.  Namun demikian, kesemua produk penyejuk badan ini mempunyai persamaan dari segi ubatan yang terkandung di dalamnya iaitu Gypsum Fibrosum dan Calcitum. Ada juga produk mengandungi Gypsum Fibrosum dan Galcareous Spar. Apa kelebihan ubatan tradisional tersebut?

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang

Ngeri! Gambar Mayat Lelaki Bunuh Diri Jambatan Pulau Pinang Akhirnya segala tanda tanya rakyat Malaysia terjawab. Mayat lelaki yang dilaporkan terjun dari Jambatan kedua Pulau Pinang untuk bunuh diri sebelum ini akhirnya ditemui pagi tadi. Mayat lelaki berkenaan ditemui oleh nelayan tempatan ketika keluar menangkap ikan, mereka kemudiannya telah menghubungi pihak bomba. Menurut bilik gerakan bomba dan penyelamat Pulau Pinang, mereka telah menerima laporan kira-kira jam 8.15 pagi dan telah menghantar anggota ke lokasi kejadian bersama pihak Maritim Malaysia. Mayat lelaki itu ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian dan memakai beg sandang(diletak batu). Mayat akan dihantar ke jeti berdekatan sebelum diserahkan kepada pihak hospital bagi tujuan bedah siasat dan pengecaman. loading...

Wanita Berkahwin Kena Minum 4 Air Rebusan Ini Sebelum Terlambat

Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.  Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit. Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman